Feed on
Posts
comments

SABAR

Rahsia dan Nikmat disebalik erti “SABAR”
www.Halaqahnet
abu hamzah
Editor : Bonda Halaqah

MAKSUD “sabar” dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak-selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini.


Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:

* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;

* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;

* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;

* tenang/teguh hati menghadapi cubaan atau musibah.


Sabar yang demikian itu adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah, malah segala ibadat itu didirikan di atas sabar, kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menanggung kepayahan dan pengorbanan.

Malah, dalam segala lapangan, kita perlu bersabar dan menangani segala kesukaran dan rintangan yang dihadapi. Orang yang gagal bersabar tidak akan tercapai matlamat dan manfaat ibadatnya. Antara tujuan kita disuruh mempertahankan kesabaran itu ialah:

Pertama, supaya dapat mengerjakan ibadat dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan dan seterusnya mencapai matlamatnya. Jika tidak bersabar, tekanan dan ekoran daripada pelbagai kesukaran atau daripada padah pelbagai musibah menjadikan kita keluh-kesah, lalu kehilangan punca kekusutan dan pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam kerja ibadat, khususnya. Kadang-kadang sampai tidak dapat meneruskannya.

Kedua, untuk mencapai kejayaan (kebajikan dunia dan akhirat).

Antara firman Allah Taala tentang hal ini ialah: “Dan Kami jadikan antara mereka itu pemimpin yang memberi pertunjuk dengan perintah kami ketika mereka bersabar”. (QS. 32:24); “Mereka itulah orang-orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya (syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)”. (QS. 25:75); “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas”. (QS. 39:10);

Allah Taala menganjurkan kita supaya bersabar. Firman-Nya (mafhumnya): “Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (melakukan taat dan menghadapi musibah), teguhkanlah kesabaran kamu, tetapkanlah kewaspadaan serta siap siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung (merebut syurga dan bebas dari neraka). (QS. 3:200).

Apabila seseorang itu berjaya mempertahankan kesabarannya dalam keempat-empat keadaan tersebut di atas, maka tercapailah darjat istiqamah dan taat dengan mendapat ganjaran pahalanya yang besar. Orang itu tidak akan terjatuh ke jurang maksiat.

Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

DALAM konteks menghadapi ujian (qadhak) atau musibah atau mala petaka, seseorang hamba Allah itu, insya Allah, akan berjaya mengekalkan kesabarannya , jikalau dia sentiasa mengingati atau mengekalkan kesedaran tentang hakikat atau hikmat musibah itu, atau jika hamba Allah itu sentiasa menaruh sangkaan baik terhadap Allah Taala. Malah, dengan yang demikian, kesabaran dan keimanannya akan bertambah teguh.

Sebagai perbandingan tentang hakikat musibah itu, kita katakan ada seorang bapa yang melarang keras anaknya memakan sejenis makanan yang amat digemari oleh anaknya itu. Sebaliknya sang bapa itu memaksa anaknya memakan makanan biasa daripada bahan yang murah, walaupun dia cukup mampu membeli makanan istimewa yang menjadi kegemaran anaknya itu. Apakah penerimaan atau reaksi sang anak terhadap tindakan bapanya itu?

Dan apakah kata kita terhadap sang bapa itu? Mungkin ramai antara kita akan mengatakan sang bapa itu kedekut, bakhil,tidak bertimbang rasa dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak harus menuduh sebarangan kepada sang bapa itu sebelum kita tahu apa tujuan dia bertindak demikian. Kita harus mencari sebab-musababnya.

Inilah tindakan wajar orang yang bersabar. Demikianlah antara cara kita berhadapan dengan keadaan yang tidak menyenangkan kita atau apabila menerima cubaan atau musibah yang ditakdirkan oleh Allah Taala ke atas diri kita. Kita tidak harus terus melenting marah atau kesal mengikut arus perasaan atau rangsangan nafsu dan syaitan, kerana kita tidak tahu rahsia hakikat dan hikmat di sebalik takdir itu.

Bandingannya, katakan kita tahu, tujuan sang bapa tersebut bertindak demikian adalah kerana anaknya itu sedang mengidap suatu penyakit yang mengikut doktor, sang anak itu akan menghadapi bahaya apabila memakan makanan kegemarannya itu.

Sekarang apa kata kita? Tidakkah tuduhan-tuduhan terhadap sang bapa tadi tergugur dengan sendirinya? Dan, sang anak itu pula, apa bila mengetahui tujuan bapanya itu, apakah wajar memarahi bapanya atau berkecil hati atau menyesali tindakan bapanya itu? Sekarang tentulah kita akan mengatakan, sang bapa itu adalah seorang bapa yang bertanggungjawab dan anaknya pula tidak sepatutnya menyesali tindakan bapanya yang demikian. Katakan lagi, sang bapa membawa anaknya itu ke hospital, lalu ditahan di wad hospital itu. Maka itu terpenjaralah sang anak di hospital, terpaksa berpisah dengan keluarga dan kawan-kawanya. Selain itu dia terpaksa minum dan menelan ubat-ubat yang pahit dan disuntik. Rawatan seterunya ialah pembedahan.

Pada zahirnya, sang anak itu menderita terseksa, tetapi apabila diyakini, bahawa ’seksaan’ itu adalah untuk menyelamatkannya daripada ancaman dan seksaan sebenar yang berpanjangan daripada penyakit yang dihidapinya itu, maka ’seksaan’ sementara itu seharusnya diterima dengan hati terbuka, penuh rela, tenang, dan sabar.

Demikianlah semestinya penerimaan kita terhadap musibah atau ujian daripada Allah Taala. Sebenarnya penyakit itu sendiri merupakan suatu cubaan atau musibah. Melalui penyakit, kita diuji oleh Allah Taala sejauh mana kesabaran dan keimanan kita, sejauh mana dan bagaimana usaha atau ikhtiar kita merawatinya, sama ada dengan cara yang bersendikan tawakal dan tafwid atau melibatkan perbuatan syirik, yakni bergantung kepada yang lain daripada Allah dan melakukan perkara-perkara mungkar yang lain.

Dan, kalau ditakdirkan usaha rawatan itu gagal dan penyakit itu bertambah tenat, maka itu adalah ujian yang lebih besar, khususnya kepada pengidap penyakit itu. Kalau penyakit itu akhirnya membawa maut, maka ujian itu melibatkan keluarga pula. Hikmat dan hakikat di sebalik apa yang ditakdirkan Allah itu, sama ada yang baik ataupun yang buruk, kita tidak tahu.

Sebab itu kita perlu bersabar menerima dan menanggungnya. Kita sebagai hamba Allah hendaklah menghadapinya dengan hati yang tenang, penuh kerelaan, penuh kesabaran; di samping berikhtiar mengatasinya dengan seberapa daya mengikut kemampuan kita sebagai manusia, hamba Allah.

Untuk mewujudkan kesabaran, kita hendaklah sentiasa menyedari, bahawa kadar dan waktu berlakunya kesusahan atau musibah itu adalah di bawah takdir Allah Taala yang maha berkuasa. Ketetapan kadar itu tidak bertambah atau berkurang dan waktunya tidak terdahulu atau terkemudian. Dan, untuk memelihara atau mengekalkan kesabaran itu pula, kita hendaklah sentiasa mengingati bahawa kesabaran itu bakal dibalas dengan ganjaran kebajikan dan pahala yang disimpan khas oleh Allah Taala.

Demikianlah, kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarab. Yakinlah, keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekali gus menolak mudarat daripada kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan. Wallahu a’lam.

nak main gak laaa…

cam bes jerr tag nihh..

1.YOUR REAL NAME:
Saliza

2.WITNESS PROTECTION NAME: (mother and fathers name)
Kasmi Omar Kamal

3.NASCAR NAME: (first name of your mother’s dad, father’s dad)
Abd. Karim Abdollah

4.STAR WARS NAME: (the first 3 letters of your last name, first 2 letters of your first name
Omasa ( he he he )

5.DETECTIVE NAME: (favorite color, favorite animal)
Brown Cat (nama biase jer tuh)

6.SOAP OPERA NAME: (middle name, town where you were born)
Liza Lumut (hape ke bende la tuhh..)

7.SUPERHERO NAME: (2nd fav color, fav drink, add “THE” to the beginning)
The Purple Carrot Juice ( superhero sehat)

8.FLY NAME: (first 2 letters of 1st name, last 2 letters of your last name)
Saal ( macam Taal lak)

9.ROCK STAR NAME: (pets name, current street name)
Sabrina Beluran ( rock bebeh! )

10. PORN NAME: (1st pet, street you grew up on)
Cat Botak ( jln dpn umah aku nama jln parit botak)

11.YOUR GANGSTA NAME: (first 3 letters of real name plus “izzle”)
Salizzle ( its sizzling hot! name..)

12.YOUR GOTH NAME: (black, and the name of one of your pets)
Black Kuning ( dah hitam, kuning pulak..)

13. STRIPPER NAME: (name of your fav perfume, fav choc)
Lotus Petals Hersheys ( buat jadik nama kete bes gak nih)

14. WIZARD’S NAME: (last 3 letters of mother’s name, first 3 letters of current job, first 3 letters of your zodiac sign and last 3 letters of home street’s name)
Smi-Gur-Scor-Bot ( smeagol– my preacioussss..)

15. PIRATE’S NAME: (fav actor last name, your ‘pet’ name, fav actress last name, add “Captain” at the beginning)
Captain Cruise Sabrina Kidman (komersial sungguh nama itu)

I wanna tag:
sesape rasa nak tag diri sendiri..??

dapat tag nih dari blog kronikiter.. by the way, want to say thanks to my deary kroni sbb sudi menjenguk aku di perantauan ni… leli, ina, zaza and momay, kalau korang tak dtg, aku pon tak sampai gak tmpt2 tu.. jgn lak serik dth sinih walaupon aku dah bwk korang meng’adventure’kan diri sampai sakit2 badan. Kesian korang.. tapi still berbaloi-baloi (bak kate amy search)

To Leli.. jgn lupa ehh upload kan gambo tuh kat facebook ku itu, tak sabo nak tgk aksi-aksi menarik..

habis dah cuti..???

i’m back to sandakan.. still feeling homesick. Uwaaaa… nak dok umah lagi!! Tak sabar rasa nye nak balik cuti raya pulak. Another 4 months to go.. lama nyer lagi! sabar Saliza.. sabar… akan ku tempuh segalanya sehingga waktu cuti raya.. hahaha!

Agak banyak jugakla aktiviti yg dapat aku buat masa cuti sekolah ari tuh.. the best part was.. aku balik seminggu awal dari cuti sekolah. Dapat cuti untuk konvokesyen beb..  seronok dapat jumpa balik classmate KPLI dulu. Before that, thanks to my beloved Laili and Deqno ( dgn si nazam pon tetiba menyelit) yg jemput aku kat airport LCCT. Seperti biasa, kalau jumpa keroni mmg tak ingat dunia dah.. kalau ada boypren pon leh lupa boypren.. ahahaha! Kroni ROCKS!! miss u all very much. And then sempat gak ngedate kat putrajaya/cyberjaya.. hehehhe.. agak lama aku tak dtg sana sampai aku tak kenal dah jalan-jalan yg ada kat cyberjaya tuh. MMU pon dah bersimpang siur sangat dah, leh sesat kalau takde org guide.. Well anyway thanks to my other beloved friend AMIN for that day.. it was marvelous..

putrajaya

putrajaya

Then.. kat umah, of course laa I grab my parents first. pastu peluk my two adorable cats.. Kuning and Sabrina.. tinggal 2 jer kucing kat umah. Yg lain dah mati.. :(( sedihh.. Seronok betol dapat lepak-lepak kat umah sambil tekan remote astro.. pastu masak lunch untuk semua org.

Sempat jugak aku jalan-jalan kat BP mall, belikan buku-buku kerja untuk adik aku yang naughty sorang tuh.. Mak ayah aku sokmo laa tensi ngan adik aku sorang tuh.. maklumlaa bongsu, dia selama jer balik sekolah pastuh cakap ” Ma, Hadi dapat no 31 periksa..” hahahha.. kitorang cam takcaya dia leh ckp ngan selamberr dek jer. Kalau kitorang dulu,bercinta nak bagi tau kalau dapat no belas2 pon..

Adehss..  ngantuk plaks, tak kondusif nak berfikir.. Sambung lain kali ekk..

lots of things happened last four weeks.. sekolah ganti, gotong royong, camping.. bla bla bla.. but still i can still cope with everything quite well.. alhamdulillah. All my kids are doing great. We are having fun everyday, eventhough i’m quite strict once in a while.. always yelling and screaming like mad. I reallized that since I involved in kindie world, my voice can reach high pitch when singing.. hahahha.. so all singers out there, thats a tip :D

habis kelas boleh main!!

habis kelas boleh main!!

But one thing I can avoid everywhere in the world.. GOSSIP!! I always try my best to not busy with other people matters when it isn’t necessary.. tapi still i have to here it averyday at home while my housemates are chatting. Try my best to keep myself busy in front of pc, tapi kekadang there are my source of info about all things that are happening at school. Well, cekgu prasekolah mmg selalu ketinggalan sket news kat sekolah. So, gossipers aren’t always negatif, buang yang keruh ambil yg jernih laa yer.. Amik yg penting jer.

Lately, i feel more semangat sket. Maybe because i’m getting more comfortable with the new environment, doesn’t feel new anymore. Boleh gurau-gurau dengan cekgu yang lain, know more local people, can get along very well with them. Saying hello to everyone i know makes me feel good. Kene selalu involve dengan masyarakat setempat, pegi gotong royong kampung, kenduri kendara … kampung lifestyle are the best!

ok bye!

ten black roses!

Life is like a boat in the bottle
Try to sail, You can’t with no air
Day by day it only gets harder
Try to scream but nobody cares
Through the glass you see the same faces
Hear the voices play fade a drum
When your life’s a boat in a bottle
You’re surrounded, drifting alone

Don’t leave me now
Stay another day
With me

When you’re sad, and no-one knows it
I’ll send you black roses
When your heart’s dark and frozen
I’ll send you black roses

Far away we wait for each other
I’m still on that road to nowhere
Kiss yourself for me in the mirror
Tie a black rose into your hair

Don’t lose your faith
Share another night
With me

When you’re sad and no-one knows it
I’ll send you black roses
When your heart’s dark and frozen
I’ll send you black roses

Ten Black roses
Ten Black roses

Life is like a boat in the bottle
Try to sail, you can’t with no air
Day by day it only gets harder
Try to scream but nobody cares

When you’re sad, and no-one knows it
I’ll send you black roses
When your heart’s dark and frozen
I’ll send you black Roses

Ten black roses

p/s: hanya Kau tempat ku mengadu, Tuhan ku yang SATU..

What should I say..???

A lot of things is spinning in my mind, banging in my heart.. but don’t know how to say it into words.. What can say is.. sometimes I feel that I’m fooling myself around. Try to satisfy averyone and it hurts myself in the end.. Maybe it’s time I need a purpose in life, need to find someone to be that purpose, if you know what I mean :P.. But to reach that purpose need a lot of patients and guts.. it’s a gamble of life..

DAN SEBENARNYA - YUNA

oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh

points to ponder..

Dear bloggie..

Ini adalah petikan dari sebuah akhbar.. suka pulak aku points yg diutarakan oleh bekas mufti nih.. dia tak pro kepada mana-mana pihak. Dia bercakap berdasarkan fakta dan ilmu yang ada padanya..

Saya ingin nasihat diri saya dan mereka yang menyatakan berjuang untuk Islam dengan nasihat yang pernah diberikan oleh al-Syeikh Maulana Abul Hasan �Ali al-Nadwi dalam risalahnya Uridu an atahaddatha ila al-Ikhwan (Aku Ingin Berbicara Dengan Al-Ikhwan al-Muslimin). Beliau pernah nasihati Jamaah al-Ikhwan al-Muslimin dengan nasihat ini:-

“Wahai Ikhwan Muslimin yang mulia! Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami (pembaharuan Islam) itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain. Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur.”

Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. Ia meliputi akal dan jiwa, ruh dan jasad. Ia bergantung kepada perubahan mendalam dalam hati dan jiwa, akidah dan akal. Ia terpancar dari hati sanubari sebelum terbit dari pena, atau helaian buku, atau mimbar syarahan. Ia terlaksana dalam tubuh pendakwah dan kehidupannya sebelum dia menuntut dilaksanakan dalam masyarakat keseluruhannya�

Istimewanya dakwah dan kesungguhan para nabi adalah ketulusan mereka dari memikiran kepentingan kebendaan, hasil yang segera. Mereka tidak mencari dengan dakwah dan jihad mereka melainkan keredhaan Allah. Melaksanakan perintahNya dan menunaikan risalahNya. Akal dan pemikiran mereka tulus dari amalan untuk dunia, mendapat kedudukan, menghasilkan kekuatan untuk keluarga dan pengikut, memperolehi kerajaan. Bahkan itu semua tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka.

“Adapun kerajaan yang tertegak untuk mereka pada waktu mereka dan kekuatan yang diperolehi pada masa itu hanyalah hadiah daripada Allah. Ia sebagai jalan untuk sampai kepada matlamat agama, melaksanakan hukum-hakamnya, mengubah masyarakat dan mengarahkan kehidupan�

Kata Abul Hasan lagi:”Bukanlah sama sekali kerajaan yang diperolehi itu salah satu dari matlamat mereka. Bukan jua salah satu dari tujuan mereka. Tidak jua dari tajuk perbicaraan mereka, atau salah satu dari mimpi mereka. Hanya ia adalah hasil semulajadi untuk dakwah dan jihad. Sama seperti buah yang merupakan hasil semulajadi dari kesuburan pokok dan kesungguhan pembajaannya..”.

Katanya juga:”Wahai tuan-tuan! Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju, dan natijah yang muncul. Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehinya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti dari dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya. Bahaya bagi setiap jamaah yang pemikiran mereka dibentuk atas cinta (mendapatkan) kerajaan (kuasa) dan berkerja untuk itu. Kerana ia akan menyebabkan mereka meninggalkan jihad di jalan dakwah atau boleh terpaling dan terseleweng tujuan mereka.

Sebabnya, uslub (cara) untuk mendapatkan kerajaan berbeza dengan uslub dakwah. Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara muslim, mengeluarkan manusia �dengan izin Allah- dari segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliyah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya.

Dari kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya. Faktor yang membawa kita kepada amal dan jihad hanyalah untuk menunaikan perintah Allah dan kemenangan pada Hari Akhirat. Juga kerana apa yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya dari ganjaran dan pahala. Kemudian, faktor lain ialah simpati kepada makhluk, kesian kasih kepada insan yang tersiksa, dan keinginan terhadap keselamatan manusia.

Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa -setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah- tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya.

Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, kusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya.

Kesemua itu dalam redha Allah, kesemuanya pada jalan Allah. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah�. Itu sebahagian nasihatnya.

Nasihat saya, semoga jiwa saya dan saudara semua, sama seperti yang dinasihati oleh tokoh yang besar ini. Kita membawa mesej dakwah Islam yang kudus. Jangan kita berpolitik sehingga kita terlupa siapa kita? Apakah matlamat kita? Selalu kita bertanya apakah tindakan kita, jika baginda s.a.w hadir melihatnya, maka baginda akan setuju dan menyokong kita?.- azm

Semoga ia boleh dijadikan bahan untuk difikirkan..

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”

Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.

Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama?

Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama. Dan, beza fizikal serta mental antara mereka itulah yang menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan, cara syariat antara mereka.

Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untuk memilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya, mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik, kacak dan taat beragama.

Maka, jawapannya..wanita sendiri juga berhak menentukan pilihan jodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa, perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki.

Berharta
Syor supaya menikahi wanita berharta ini, jika tidak ditafsirkan dengan betul-betul akan menyebabkan orang menganggap bahawa lelaki yang tidak berharta (miskin) digalakkan menikahi wanita hartawan. Ini menyebabkan lelaki disifatkan sebagai pengikis harta!

Demikian juga, jika dikatakan, bahawa wanita itu digalakkan untuk menikahi lelaki yang berharta, kelak wanita itu digelar sebagai perempuan yang mengejar kebendaan pula.

Sementara itu, bukankah janda-janda, balu-balu miskin yang tak terbela digalakkan untuk dinikahi untuk membela nasib mereka? Maka, di sini sudah ada percanggahan sikap dan nilai yang dianjurkan oleh Islam itu.

Jadi, apakah tafsiran yang mungkin sesuai ke atas syor Rasulullah ketika menggalakkan lelaki memiliki wanita yang berharta itu?

Atau, apakah tafsiran yang sesuai berhubung galakan dan anjuran supaya wanita memilih kaum Adam yang berharta itu?

Mungkin, tafsiran yang sesuai adalah baik lelaki dan wanita itu perlu mencari pasangan yang tahu mengendalikan harta, membina harta kekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalani kehidupan berumahtangga.

Keturunannya
Adapun keturunan ini pula bukanlah diperhitungkan daripada segi kasta, kebangsawanan, kedudukannya dalam masyarakat. Ia tentulah diperhitungkan daripada segi nasab turunan seseorang yang tidak bercampur dengan penzinaan.

Apa ertinya.. memilih seorang lelaki dan wanita daripada keturunan yang bangsawan tapi mengalir di dalam tubuhnya darah seorang penzina. Timbul pertanyaan lagi. Adakah jika wanita atau lelaki penzina itu telah bertaubat, maka mereka boleh dinikahi?

Maka, dalam hal ini, sekiranya benar-benar terdapat kesan-kesan taubat itu. Dan nikah itu dapat mengelakkan lelaki dan wanita penzina tadi daripada terus berzina maka boleh juga dipertimbangkan untuk menikahi mereka.

Kecantikannya
Kecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain.

Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan.

Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu.

Agama
Akhirnya nilai agama itulah yang paling penting sekali dan terutama dalam pemilih calon pasangan itu. Tanpa agama, keluarga yang dibina akan hilang pedoman.

Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi agama. Seseorang yang beragama itu memadailah dilihat daripada sikap mereka yang cuba mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah jenayah.

Mereka yang terjebak dalam disa-dosa kecil tidaklah boleh dianggap sebagai orang yang tidak beragama. Ini kerana, tiada manusia yang terbebas daripada silap dan salah.

Memadailah kita sebutkan di sini bahawa orang yang beragama itu adalah mereka yang berdosa dan sentiasa memperbaharui taubatnya.

Dipetik dari: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19160&Itemid=1

banjir bah rumahku cekgu..

Dear bloggie..

Itu lahh yg anak2 murid aku ckp sejak 2-3 hari lepas. Rumah cekgu tak banjir alhamdulillah.. kat sini kalau hujan lama camnih, mmg laa syurga budak-budak. Diorang dtg sekolah sumer bwk payung tapi still basah kuyup macam berkubang. Nak wat cane kan.. dah budak2. Kita cuma boleh jerit jer laa ingatkan, tapi macam tak bermakna jugak. Time2 banjir macam nih, tak ramai yang datang sekolah. Dalam satu kelas tuh, tak sampai 10 org yg datang. MMg tak boleh nak kua, especially yg tinggal di estet tuh. Kesian btol.. cekgu2 pon same gak. Ada jugak cekgu yg tinggal di bandar sandakan yg tak sampai ke sekolah kalau ujan lebat sbb banjir atau tanah runtuh. So sunyi aa sekolah tuh kalau waktu banjir. Hari ni adalah hari paling ramai tak datang, budak2 prasekolah pon tak sampai 20 org yg dtg drpd 50 org. Yang bes nye waktu2 camnih, aku pegi sekolah pakai selipar jer.. bawak jer kasut masuk dalam beg. Mmg hari ni air naik paling tinggi sampai padang sekolah aku dah jadik swimming pool dah. Kat tepi2 jalan tuh, ade je org letak pukat kat dalam ladang kelapa sawit yg banjir. Yg kelakar nyer siap ader yg berenang-renang dengan pelampung lak tuh. Kalau budak2 tak heran laa sgt aku, nih org tua.. ntah hape2 ntah.. mungkin nak mengisi masa lapang sementara nak tunggu pukat diorang tuh kot. 

Rancangan aku nak ke bandar sandakan hari nih pon tergendala. Kesian pulak kat si ayeen ngan si pian.. diorang mintak menu pra ngan contoh RPH daripada aku. Tak dapat laa aku nak memberinye sbb jalan ke bandar di tutup. Sori aa geng.. minggu depan insyaAllah aku dtg. Si ayeen ngan si pian tuh ngajar di pulau, kelas pra baru bukak pulak tuh. Banyak laa bende yg diorang kene settle kan. Aku bantu laa mana yg boleh. Kesian ngan diorang, kalau nak ke bandar kene naik bot dalam sejam. Kelas pra pon kelas yg tak siap.. terpaksa memikir caner nak menyempurnakan kelas diorang tuh..

Hmm.. ape lah yg aku nak buat weekend nih ekk? selain makan dan tido. Tapi bagus jugak hujan, takde laa kua duit aku kalau ke bandar :D. So.. dok laa diam2 kat umah. Seb baik laa jugak ade TV ngan internet nih. Takde laa kebuhsanan aku di rumah. Kalau busan sgt aku turun aa kat umah tuan umah aku tuh main ngan kucing dia..

Ok laa sume.. sampai berjumpa lagi.. assalamualaikum

Ps: kalau nak tgk gambar gi la Face Book aku http://www.facebook.com/photo.php?pid=1301127&l=7cd19&id=645058864, kat friendster payah btol nak upload!

Older Posts »